Sedia Menerima Tempahan Homemade Coklat dan Cupcakes untuk Majlis Hari Jadi, Perkahwinan, Pertunangan, Doorgift, Cenderamata dan Lain-lain Majlis Mengikut Kesesuaian Budget anda...

emel: mazinahat@yahoo.com

http://www.resipicoklat.blogspot.com/

http://www.jaya31.blogspot.com/

Tel: 013-3998909



17 Julai 2011

MUFIN KELAPA + PISANG + COKLAT CHIP

Jom buat sendiri..untuk makan makan atau untuk apa-apa majlis. Eh cop cop..kalu malas jugak (tahap gaban..) silalah col RC untuk order ye...hehe...janji masyukkk.....

Ok..layan gambar dulu....





Resipi? Jom layannn...Resipi asal di sini...

BAHAN-BAHANNYA :
120 g mentega, cair dan sejukkam
2 biji telur gred "A"
125 g tepung gandum*
1/2 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
60 g gula perang (brown sugar)
1/2 camca besar ovallate
130 g pisang, dilecek
2 camca besar kelapa kering
2-3 titik esen pisang
40 g dark chocolate, dicincang (saya tak buh)
Badam keping untuk hiasan (saya guna coklat chip)


CARA MEMBUATNYA :


  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas tin muffin dengan paper cup sesuai atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.

  2. Putar gula perang bersama ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat. Masukkan esen pisang dan pisang lecek. Gaul rata.


  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis, masukkan pula kelapa kering dan coklat cincang, putar rata.


  4. Tuang mentega cair, gaul rata dengan spatula hingga rata dan sebati. Sudukan adunan ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan tabur dengan sedikit badam hiris, buat hingga siap.

  5. Bakar selama 20 minit atau hingga masak, biar sejuk atas jaringan sebelum dihidangkan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...