Sedia Menerima Tempahan Homemade Coklat dan Cupcakes untuk Majlis Hari Jadi, Perkahwinan, Pertunangan, Doorgift, Cenderamata dan Lain-lain Majlis Mengikut Kesesuaian Budget anda...

emel: mazinahat@yahoo.com

http://www.resipicoklat.blogspot.com/

http://www.jaya31.blogspot.com/

Tel: 013-3998909



05 Februari 2011

MUFIN KELAPA..

Saya budak baru belajar...Jom kita tengok Petua Membuat Mufin...

Teknik asas membuat muffin adalah mudah. Bahan-bahan basah dicampurkan dalam bekas dan kemudian bahan-bahan kering dicampurkan untuk mendapat adunan yang sebati ratanya. Minyak atau mentega digunakan untuk mendapatkan muffin yang mempunyai texture coarse dan crumbly. Dalam sesetengah resipi, mentega dan gula dipukul untuk mendapatkan texture yang lebih lembut.Campuran bahan-bahan cecair seperti susu, yoghurt dan jus buah-buahan juga membuat muffin lembut dan lembab.

Bahan seperti oats dan bijiran direndam dan dilembutkan dalam bahan cecair sebelum dicampurkan kepada adunan mufin.Bahan cecair dan bahan kering dicampurkan untuk mendapatkan adunan yang dapat disatukan rata. Mengacau adunan muffin selalu tidak lebih dari 15 saat. Adunan yang bergumpal dan tidak rata adalah biasa sewaktu membuat muffin. Adunan muffin yang terlalu dikacau akan menjadi liat, mendap dan tidak sedap. Selalulah menggunakan spatula sewaktu mengacau muffin untuk lebih senang dapat mengagak consistency adunan mufin berbanding dengan menggunakan mesin bancuhan yang agak sukar kita mengagak kerana terlalu cepat.

Gunakan tepung serbaguna (tepung gandum) kecuali sekiranya resipi mengatakan yang berlainan. Pastry dan tepung kek selalunya tidak suai digunakan kerana mufin akan menjadi terlalu lembut dan bentuknya akan berubah.Isikan mangkuk cup mufin hanya tiga suku penuh untuk adunan yang ringan dan untuk adunan yang berat isikan adunan hingga penuh. Gunakan sudu, senduk kayu ataupun ice-cream scoop untuk mengisikan adunan kedalam mangkuk muffin.

Bila membakar muffin gunakan rak tengah dalam ketuhar untuk mendapatkan mufin yang cantik. Mufin boleh dikatakan masak bila permukaannya naik dan kering bila dipegang dan tepi mufin senang terkeluar dari loyang. Boleh juga menggunakan lidi untuk test mufin, jika lidi keluar bersih bermakna mufin sudah pun masak. Mufin sedap dimakan pada hari ia dibakar, dan ia juga boleh dimasukkan dalam peti sejuk dalam bekas yang bertutup.

TIPS PENTING: JANGAN GAUL MUFFIN LEBIH DARI 15 SAAT APABILA SUDAH CAMPURKAN DENGAN BAHAN KERING. JIKA TERLALU DIGAUL ADUNAN, MUFFIN AKAN MENJADI LIAT, MENDAP DAN TIDAK SEDAP.
Petua ini diambil dari sini.

Ok sekarang jom kita layan resipi pulak.Resipi ini dah aku ubahsuai ikut selera aku.

MUFIN KELAPA

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor (boleh tambah sikit kalau suka)
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan susu segar
1/3 cawan minyak masak
1 biji telur (pukul sedikit)
1 sk esen vanila

Cara-cara
  1. Panaskan oven.
  2. Ayak bahan kering..tepung, garam, soda dan baking powder.
  3. gaul rata bahan tersebut dengan gula dan kelapa.
  4. Dalam bekas lain gaul telur,susu, minyak dan esen vanila. (gunakan whisk)
  5. Kemudian masukkan bahan kering dan gaul lagi.
  6. Sendukkan adunan ke dalam cawan mufin
  7. Bakar selama 20-25 minit @ sehingga masak.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...