Ini adalah cubaanku yang pertama untuk membuat kotak coklat. Sebelum ini, aku hanya melihat daripada blog-blog orang lain. Idea ini datang sempena birthday my hubby. Walaupun hari tu agak sibuk dengan tempahan cupcakes..tapi aku buat juga supaya suamiku dapat lihat kesungguhanku di hari istimewanya..(hehe...walaupun dah sizen). Dan inilah hasilnya..
Pendapatku???? Untuk membuatnya memerlukan kesabaran yang amat tinggi..kerana agak renyah kerjanya. Memerlukan kuantiti coklat yang banyak.... dan mungkin disebabkan ini kali pertama aku membuatnya...hasilnya nampak agak messy(tidak la begitu ketara)...tapi dalam gambar ni nampak cantik pulak...entah kenapa...hehe..
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan