Sedia Menerima Tempahan Homemade Coklat dan Cupcakes untuk Majlis Hari Jadi, Perkahwinan, Pertunangan, Doorgift, Cenderamata dan Lain-lain Majlis Mengikut Kesesuaian Budget anda...

emel: mazinahat@yahoo.com

http://www.resipicoklat.blogspot.com/

http://www.jaya31.blogspot.com/

Tel: 013-3998909



28 Februari 2011

KEK GULA HANGUS

Untuk order bole telefon/emel/sms saya.
Harga: RM18 untuk satu adunan (kek bulat saiz 8')








Bahan-bahan

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camt soda bikarbonat
4 biji telur
2 camb mentega

Cara-cara
  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
  3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
  4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
  5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
  7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam

06 Februari 2011

DARI KENALAN KONGSI RESEPI..

Ini adalah order dari Widia Lestari Iryanto..teman dari kongsi resepi. Katanya untuk majlis pertunangan adiknya. Terima Kasih Widia..harap order lagi ye..

















05 Februari 2011

MUFIN KELAPA..

Saya budak baru belajar...Jom kita tengok Petua Membuat Mufin...

Teknik asas membuat muffin adalah mudah. Bahan-bahan basah dicampurkan dalam bekas dan kemudian bahan-bahan kering dicampurkan untuk mendapat adunan yang sebati ratanya. Minyak atau mentega digunakan untuk mendapatkan muffin yang mempunyai texture coarse dan crumbly. Dalam sesetengah resipi, mentega dan gula dipukul untuk mendapatkan texture yang lebih lembut.Campuran bahan-bahan cecair seperti susu, yoghurt dan jus buah-buahan juga membuat muffin lembut dan lembab.

Bahan seperti oats dan bijiran direndam dan dilembutkan dalam bahan cecair sebelum dicampurkan kepada adunan mufin.Bahan cecair dan bahan kering dicampurkan untuk mendapatkan adunan yang dapat disatukan rata. Mengacau adunan muffin selalu tidak lebih dari 15 saat. Adunan yang bergumpal dan tidak rata adalah biasa sewaktu membuat muffin. Adunan muffin yang terlalu dikacau akan menjadi liat, mendap dan tidak sedap. Selalulah menggunakan spatula sewaktu mengacau muffin untuk lebih senang dapat mengagak consistency adunan mufin berbanding dengan menggunakan mesin bancuhan yang agak sukar kita mengagak kerana terlalu cepat.

Gunakan tepung serbaguna (tepung gandum) kecuali sekiranya resipi mengatakan yang berlainan. Pastry dan tepung kek selalunya tidak suai digunakan kerana mufin akan menjadi terlalu lembut dan bentuknya akan berubah.Isikan mangkuk cup mufin hanya tiga suku penuh untuk adunan yang ringan dan untuk adunan yang berat isikan adunan hingga penuh. Gunakan sudu, senduk kayu ataupun ice-cream scoop untuk mengisikan adunan kedalam mangkuk muffin.

Bila membakar muffin gunakan rak tengah dalam ketuhar untuk mendapatkan mufin yang cantik. Mufin boleh dikatakan masak bila permukaannya naik dan kering bila dipegang dan tepi mufin senang terkeluar dari loyang. Boleh juga menggunakan lidi untuk test mufin, jika lidi keluar bersih bermakna mufin sudah pun masak. Mufin sedap dimakan pada hari ia dibakar, dan ia juga boleh dimasukkan dalam peti sejuk dalam bekas yang bertutup.

TIPS PENTING: JANGAN GAUL MUFFIN LEBIH DARI 15 SAAT APABILA SUDAH CAMPURKAN DENGAN BAHAN KERING. JIKA TERLALU DIGAUL ADUNAN, MUFFIN AKAN MENJADI LIAT, MENDAP DAN TIDAK SEDAP.
Petua ini diambil dari sini.

Ok sekarang jom kita layan resipi pulak.Resipi ini dah aku ubahsuai ikut selera aku.

MUFIN KELAPA

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor (boleh tambah sikit kalau suka)
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan susu segar
1/3 cawan minyak masak
1 biji telur (pukul sedikit)
1 sk esen vanila

Cara-cara
  1. Panaskan oven.
  2. Ayak bahan kering..tepung, garam, soda dan baking powder.
  3. gaul rata bahan tersebut dengan gula dan kelapa.
  4. Dalam bekas lain gaul telur,susu, minyak dan esen vanila. (gunakan whisk)
  5. Kemudian masukkan bahan kering dan gaul lagi.
  6. Sendukkan adunan ke dalam cawan mufin
  7. Bakar selama 20-25 minit @ sehingga masak.




04 Februari 2011

Cupcakes doorgift vs hantaran..

En3 kali ni adalah order dari Kak Zurrinah....jiran satu taman perumahan. Dia menempah cupcakes untuk hantaran pertunangan dan doorgift. Tema cc pertunangan adalah warna peach..katanya nak dihadiahkan kepada adiknya..Terima kasih kak...
















Ini pula packing individu...dalam dorm casing...

















COKLAT...Cubaanku yang pertama..

Ini adalah cubaanku yang pertama untuk membuat kotak coklat. Sebelum ini, aku hanya melihat daripada blog-blog orang lain. Idea ini datang sempena birthday my hubby. Walaupun hari tu agak sibuk dengan tempahan cupcakes..tapi aku buat juga supaya suamiku dapat lihat kesungguhanku di hari istimewanya..(hehe...walaupun dah sizen). Dan inilah hasilnya..

Pendapatku???? Untuk membuatnya memerlukan kesabaran yang amat tinggi..kerana agak renyah kerjanya. Memerlukan kuantiti coklat yang banyak.... dan mungkin disebabkan ini kali pertama aku membuatnya...hasilnya nampak agak messy(tidak la begitu ketara)...tapi dalam gambar ni nampak cantik pulak...entah kenapa...hehe..









MUFIN...

Aneka mufin untuk sebarang majlis. Perisa oreo, strawbery, vanilla, coklat, oren dan sebagainya. untuk pertanyaan..sila isikan borang di bahagian paling bawah blog ini.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...