Sedia Menerima Tempahan Homemade Coklat dan Cupcakes untuk Majlis Hari Jadi, Perkahwinan, Pertunangan, Doorgift, Cenderamata dan Lain-lain Majlis Mengikut Kesesuaian Budget anda...

emel: mazinahat@yahoo.com

http://www.resipicoklat.blogspot.com/

http://www.jaya31.blogspot.com/

Tel: 013-3998909



18 Julai 2011

KEK COKLAT - PERPISAHAN..

Kali ni..request dari Siti Aisyah..2 biji kek coklat. ...anakku yang dajah 6 tu..untuk majlis perpisahan sempena perukaran gurunya ke sekolah lain. Aiii...cikgu nak pindah..raikan pulak...suka nampakkk! hehe..tak ade lah begitu kan...dia orang buat jamuan untuk meraikan jasa guru tersebut yang telah dicurahkan kepada mereka selama ini...Terima Kasih Cikgu...
Tapi maaf lah...kek ni berbayar...tak silapnya guna duit kelas dia orang...Biarlah budak2 ni belajar menghargai gurunya sendiri...cuma RC bagi sedikit diskaun....


Coklat hiasan yang merah kat tepi tu...buat sendiri...tapi rasanya tak berapa menjadi kot...



CUPCAKES 1 MALAYSIA..

Kenapa nama 1 Malaysia? Sebab tuan yang order ni mengordernya sama hari dengan larian 1 sukan 1 murid 1 Malaysia. Ampunnn..Mardiayana...baru sempat nak mengupload ke sini..jangan marah...nanti hilang kekiutan mu itu. Mardiayana kata..kek ni untuk Hari Bapa..Apapun..terima kasih atas order.




Yang bawah ni pulak..cc 6 biji..order dari rakan tempat kerja. Disebabkan buatnya hari yang sama...maka deconya jugak sama...

COKLAT ISTIMEWA UNTUK BIRTHDAY SI DIA..

Repeat order daripada Mastura. Sebenarnya order ini dah agak lama...ampunnn...baru masukkan di sini...
Request: Warna merah + putih.



KEK COKLAT SIMPLE..

Kek ini diorder oleh Kak Zah dari SMK Bandar Tun Razak. Acceli order ni dah agak lama..tapi baru kini berkesempatan untuk uploadnya.Maklum la kalau angin M datang bukan sikit...segerombolan sekali datang (eh eh..betul ke istilah aku nih? hehe). Maaf banyak2 Kak Zah. Ini merupakan repeat order dari Kak Zah. Haaa..jeng jeng jeng..mesti sebab kek ni sedap kan?? Alahai syok sendiri pulak dah.. Ape pun jom layan gambar...
Request Kak Zah...nak simple deco sahaja coz kek ni untuk makan2 keluarga..



17 Julai 2011

ORDER DARI DILA...PUCHONG

Hari Jumaat saya mendapat panggilan telefon dari Noor Dalilla binti Abd Hadey untuk order kek karamel coklat dan kek carrot. Katanya dia tengok blog saya. Alhamdulillah....ada juga pengunjung yang sudi tengok blog saya ni dan membuat order. Dengan kata lain...ini adalah order pertama dari Dila. Biasanya order pertama inilah yang membuat kita lebih berdebar berbanding dengan repeat order kan? Ye la kan...kita tak tahu lagi taste customer kita..
So...inilah dia hasilnya:......kek carrot dengan topping cream cheese dan kek coklat karamel.







Pagi tadi lebih kurang jam 11.30 saya deliver ke Bukit Jalil (kitaorang janji jumpa kat situ). Dan petangnya saya sekali lagi mendapat sms daripada Dilla. Apa yang ditulis?? Jom kita tengok:


Alhamdulillah..Lega rasanya bila dapat respon macam ni. Terima kasih Dila atas order dan atas kepercayaan yang diberi kepada RC.

MUFIN KELAPA + PISANG + COKLAT CHIP

Jom buat sendiri..untuk makan makan atau untuk apa-apa majlis. Eh cop cop..kalu malas jugak (tahap gaban..) silalah col RC untuk order ye...hehe...janji masyukkk.....

Ok..layan gambar dulu....





Resipi? Jom layannn...Resipi asal di sini...

BAHAN-BAHANNYA :
120 g mentega, cair dan sejukkam
2 biji telur gred "A"
125 g tepung gandum*
1/2 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
60 g gula perang (brown sugar)
1/2 camca besar ovallate
130 g pisang, dilecek
2 camca besar kelapa kering
2-3 titik esen pisang
40 g dark chocolate, dicincang (saya tak buh)
Badam keping untuk hiasan (saya guna coklat chip)


CARA MEMBUATNYA :


  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas tin muffin dengan paper cup sesuai atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.

  2. Putar gula perang bersama ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat. Masukkan esen pisang dan pisang lecek. Gaul rata.


  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis, masukkan pula kelapa kering dan coklat cincang, putar rata.


  4. Tuang mentega cair, gaul rata dengan spatula hingga rata dan sebati. Sudukan adunan ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan tabur dengan sedikit badam hiris, buat hingga siap.

  5. Bakar selama 20 minit atau hingga masak, biar sejuk atas jaringan sebelum dihidangkan..

27 Jun 2011

KEK COKLAT MOIST

Ini adalah repeat order daripada Nalini untuk birthday anaknya Nana. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada RC...cuma kali ini Nalini request nak kan kek yang semua deconya adalah coklat....









03 Jun 2011

COKLAT HANTARAN BERTUNANG...

Order daripada Mastura untuk hantaran pertunangan kawannya. Satu set box coklat dengan warna purple putih dan satu set 35 biji dengan warna biru putih. Terima kasih..










CUPCAKES HARI GURU...

Anda sambut hari guru tak? Pastilah ya..kan..
Apatah lagi saya sendiri sebagai guru..paling tidak pun nak dengar jugak student2 saya wish..HAPPY TEACHER'S DAY. Sempena hari guru baru-baru ni..saya rasa teringin mengedarkan cenderahati yang tak seberapa kepada semua guru2 di sekolah saya...Haa..kan bertuah kalu dapat cikgu yang pandai baking..cewah cewah cewah...angkat diri lah pulak..so..saya dengan sukacitanya membuat 70 biji cc dengan hiasan buttercream...dimuatkan dalam dorm casing supaya senang diagihkan...Terima kasih atas kesungguhan kalian mendidik pelajar walaupun kadang-kala tidak dihargai pelajar sendiri..















KEK BIRTHDAY...

Kek ni untuk birthday Isa Husaini. Salah sorang rakan anakku..juga merupakan studentku dan juga jiran kami. Budak2 ni excited kumpul duit dan mengorder sebiji kek coklat dan meraikannya di taman permainan termasuklah anakku. Untuk suka-suka. Biarlah dia orang belajar menghargai kawan-kawan.... anakku pun turut sama berkongsi membayar kek ini...hehe... "Apa yang pentingggg..kerjasama.." nyanyi ikut rentak wonderpet...







02 Jun 2011

CUPCAKES ANNIVERSARY...

Order daripada Kak G untuk majlis anniversarynya...Kak G request warna merah, pink dan putih. Terima kasih Kak G..... dan Happy Anniversary..semoga bahagia selalu.









KEK COKLAT

Order daripada Lili untuk hari jadi anak-anaknya Amir dan Najwa. Terima kasih









KEK HARI GURU..

Ini 2 biji kek yang ditempah oleh kawan2 kat SMK (p) Methodist untuk sambutan hari guru yang berlangsung pada 27 Mei. Acceli order ni last minute, tapi kerana kawanku yang disayangi, ku buatkan juga. Satu biji carot kek dan sebiji kek coklat.
Yang warna pink tu...kek carrot dengan cream cheese..hehe..pandai2 je aku colorkan dengan warna pink. Maklumlah tuannya tak decide warna...aku hentam je lah...jangan mare ye Liza...
















Komen dari Liza:


Noorliza Abd Kair terima kasih ye.. sempat buat kek kita orang.. kek coklat dan kek carrot tu sedap.. dia orang kata kalah kek secret recipe.. hari tu kita orang dapat 8 biji kek sponsor.. memang kenyang kek betul hari tu..
May 28 at 1:07pm ·


Dila Rahim Kalah kek secret recipe? Tapi rasenye cikgu mazinah suke mkn kek secret recipe :)
May 28 at 1:39pm ·


Nor Azlina Razali namun...kek kak mazinah jua yg jd tumpuan. Ina siap tapau lg...nyum...nyum....
May 28 at 6:24pm ·

Mazinah At Aduhaiii....sayang you all.... Terima kasih untuk pujian itu dan thanks juga atas order...
May 28 at 8:59pm ·



TERIMA KASIH SEMUA ATAS SOKONGAN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...