Sedia Menerima Tempahan Homemade Coklat dan Cupcakes untuk Majlis Hari Jadi, Perkahwinan, Pertunangan, Doorgift, Cenderamata dan Lain-lain Majlis Mengikut Kesesuaian Budget anda...

emel: mazinahat@yahoo.com

http://www.resipicoklat.blogspot.com/

http://www.jaya31.blogspot.com/

Tel: 013-3998909



15 Disember 2010

Mufin


Apa Itu Mufin...?

Secara umumnya mufin dan kek cawan nampak seakan-akan sama kerana diisi dalam cawan-cawan kertas yang kecil . Kerana saiznya yang kecil, ia begitu comel jika dihidangkan di dalam pinggan apatah lagi jika dihiasi dengan pelbagai aising yang memikat selera.

Ok kawan-kawan...hari ini jom kita buat mufin. Muffin yang saya buat hari ini adalah mufin oreo + coklat chips dan mufin oren. Sebenarnya adunan muffin ni adalah sama, cuma kita boleh variasikan dengan beberapa perasa contohnya coklat, pandan, oreo, oren, vanilla, bluebery dan sebagainya. Ia juga boleh dihias dengan krim aising. Terpulanglah kepada kreativiti masing-masing. Ok sekarang kita layan gambar ye...








Ini pula adalah mufin yang dipacking secara individu. Boleh juga dimasukkan ke dalam bekas-bekas kecil. Sangat sesuai untuk dijadikan doorgift untuk sebarang majlis. Jika anda berminat untuk membuat tempahan dari saya..boleh lah emel saya di
mazinahat@yahoo.com atau isi aje borang pertanyaan di bahagian bawah blog ini. Harga istimewa akan diberikan untuk tempahan secara banyak.





Dan jika anda ingin cuba membuatnya sendiri..tak de masalah..di bawah ini ada resipinya ye...
MUFIN

Bahan2

  1. 140g butter
  2. 100g gula kastor
  3. 2 biji telur (suhu bilik)
  4. 8 sb susu segar
  5. 200g tepung gandum
  6. 1 sk (rata) soda bikarbonat
  7. sedikit esen vanila.

Cara2

  1. Pukul butter dan gula sehingga jadi bentuk krim .
  2. Masukkan telur dan pukul lagi .
  3. Diikuti dengan esen vanila dan susu segar .
  4. Masukkan tepung dan kacau dengan spatula .
  5. Isikan 2/3 bekas mufin dengan adunan tadi .
  6. Kemudian , isikan 1/2 sudu inti ikut yang disukai .
  7. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 minit (bergantung kepada oven masing2) .










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...