Sedia Menerima Tempahan Homemade Coklat dan Cupcakes untuk Majlis Hari Jadi, Perkahwinan, Pertunangan, Doorgift, Cenderamata dan Lain-lain Majlis Mengikut Kesesuaian Budget anda...

emel: mazinahat@yahoo.com

http://www.resipicoklat.blogspot.com/

http://www.jaya31.blogspot.com/

Tel: 013-3998909



29 Disember 2010

KEK KASTAD PANDAN


Rasa teringin nak makan kek ni..sebab bila tengok gambar nampak cam sedap je. Tak pernah buat...ni ler first time..sib baik jadi. Kek ni patutnya dideco dgn kelapa atau cream atau walnut kat atasnya..tapi aku tak wat pun..just ngap gitu juga..ader ler sikit rezeki untuk jiran...










Aceli aku ambik resipi ni kat MyR...Tumpang letak kat sini yek... Layan resipi..
Kek kastard pandan

Bahan-bahan ( 1 biji kek )
1 biji kek span pandan / kek span keladi

Bahan (A)
gula kastor -180gram
air daun pandan - 500ML
serbuk agar-agar segera - 15ML /1 sudu makan

Bahan (B)
santan pekat - 400ML
tepong hoen kwee hijau(jenama Mas Ajoe) - 85gram- tp aku guna jenama nona
pewarna hijau - 5ML/1 sudu teh
secubit garam
UNTUK HIASAN - 1 cawan kelapa kering

Cara-cara


Kek span di hiris kepada 2 bahagian. ketepikan

Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. masak atas api sederhana hingga mendidih. kacau hingga gula hancur.

Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.

Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..

Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya

Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.

Hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk

Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...