Sedia Menerima Tempahan Homemade Coklat dan Cupcakes untuk Majlis Hari Jadi, Perkahwinan, Pertunangan, Doorgift, Cenderamata dan Lain-lain Majlis Mengikut Kesesuaian Budget anda...

emel: mazinahat@yahoo.com

http://www.resipicoklat.blogspot.com/

http://www.jaya31.blogspot.com/

Tel: 013-3998909



29 Disember 2010

KEK KASTAD PANDAN


Rasa teringin nak makan kek ni..sebab bila tengok gambar nampak cam sedap je. Tak pernah buat...ni ler first time..sib baik jadi. Kek ni patutnya dideco dgn kelapa atau cream atau walnut kat atasnya..tapi aku tak wat pun..just ngap gitu juga..ader ler sikit rezeki untuk jiran...










Aceli aku ambik resipi ni kat MyR...Tumpang letak kat sini yek... Layan resipi..
Kek kastard pandan

Bahan-bahan ( 1 biji kek )
1 biji kek span pandan / kek span keladi

Bahan (A)
gula kastor -180gram
air daun pandan - 500ML
serbuk agar-agar segera - 15ML /1 sudu makan

Bahan (B)
santan pekat - 400ML
tepong hoen kwee hijau(jenama Mas Ajoe) - 85gram- tp aku guna jenama nona
pewarna hijau - 5ML/1 sudu teh
secubit garam
UNTUK HIASAN - 1 cawan kelapa kering

Cara-cara


Kek span di hiris kepada 2 bahagian. ketepikan

Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. masak atas api sederhana hingga mendidih. kacau hingga gula hancur.

Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.

Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..

Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya

Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.

Hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk

Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..

23 Disember 2010

Makin Menjadi-jadi NIH........


Fuyoo..makin menjadi-jadi lak projek biskut cklat chips aku nih. Apa taknya..bila buat kejap je abis licin..hampir semua orang suka..anak-anak, adik-adik, anak buah dan termasuklah aku sendiri. Memang sedap dan crunchy. Habih canna badan nak slim? Makin hari makin kembang nih..hehe..asyik coklat chips..kek coklat..coklat chips..kek coklat...parah-parah....
Apa pun kita layan gambar dulu yek...en3 kali ni dengan versi tak bubuh serbuk koko. Resipinya di sini...
Kepada kengkawan yang malas nak buat boleh colling2 aku untuk order ye...

Harga rujuk kat Page: Resipi Coklat.









Tengah tunggu Q nak bakar....



21 Disember 2010

APAM COMEL INTI KELAPA / APAM DOT-DOT / APAM POLKADOT

Pernah dengar apam dot-dot? Atau apam polkadot? Mulanya agak asing bagi saya..tetapi setelah bertanya kepada pakcik google..barulah saya tahu apa dia apam dot dot dot. Rupa-rupanya dipanggil dot dot dot kerana bahagian atasnya dibuat corak dot dot dot. Hehe..kelakar gak. Tapi saya rasa ini adalah menu terhangat masa kini selain daripada kek karamel. Kalau anda ingin mencuba..silalah... rasanya sedap..cuma tekak saya yang menjurus ke arah kencing manis ni ..lebih suka kalu ditambah sikit lagi gula...hehe...

Layannn gambo.....










Bahan-bahan ( Lebih kurang 20 biji )


3 biji telur-dari peti sejuk
275 gm tepung gandum/tepung kek
220 gm gula halus
160gm susu segar/UHT
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete


Inti Kelapa:
==kelapa parut
==gula merah
==1 sudu teh tpg jagung-dibancuh dgn 1 sudu besar air
==2 helai daun pandan-pintal


Cara-cara

Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.

Pukul dgn menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.

Bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.

Masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).

Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan.

masukkan inti kelapa

Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.

Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 min.

Untuk Inti Kelapa:

==Campurkan semua bahan dan masak diatas api kecil sehingga kering/masak.

==Utk memudahkan, inti boleh disediakan terlebih dulu dan bulat2kan.

Notes: Inti kelapa boleh di ganti dgn apa2 perisa filling atau jem.


nOTES: Sedap..cuma setelah dikukus..ada bau telur. Jadi mungkin lain kali kalau buat..saya akan tambahkan sedikit esen vanilla.

Ini adalah acuan tat yang saya guna untuk kukus apam.

15 Disember 2010

Mufin


Apa Itu Mufin...?

Secara umumnya mufin dan kek cawan nampak seakan-akan sama kerana diisi dalam cawan-cawan kertas yang kecil . Kerana saiznya yang kecil, ia begitu comel jika dihidangkan di dalam pinggan apatah lagi jika dihiasi dengan pelbagai aising yang memikat selera.

Ok kawan-kawan...hari ini jom kita buat mufin. Muffin yang saya buat hari ini adalah mufin oreo + coklat chips dan mufin oren. Sebenarnya adunan muffin ni adalah sama, cuma kita boleh variasikan dengan beberapa perasa contohnya coklat, pandan, oreo, oren, vanilla, bluebery dan sebagainya. Ia juga boleh dihias dengan krim aising. Terpulanglah kepada kreativiti masing-masing. Ok sekarang kita layan gambar ye...








Ini pula adalah mufin yang dipacking secara individu. Boleh juga dimasukkan ke dalam bekas-bekas kecil. Sangat sesuai untuk dijadikan doorgift untuk sebarang majlis. Jika anda berminat untuk membuat tempahan dari saya..boleh lah emel saya di
mazinahat@yahoo.com atau isi aje borang pertanyaan di bahagian bawah blog ini. Harga istimewa akan diberikan untuk tempahan secara banyak.





Dan jika anda ingin cuba membuatnya sendiri..tak de masalah..di bawah ini ada resipinya ye...
MUFIN

Bahan2

  1. 140g butter
  2. 100g gula kastor
  3. 2 biji telur (suhu bilik)
  4. 8 sb susu segar
  5. 200g tepung gandum
  6. 1 sk (rata) soda bikarbonat
  7. sedikit esen vanila.

Cara2

  1. Pukul butter dan gula sehingga jadi bentuk krim .
  2. Masukkan telur dan pukul lagi .
  3. Diikuti dengan esen vanila dan susu segar .
  4. Masukkan tepung dan kacau dengan spatula .
  5. Isikan 2/3 bekas mufin dengan adunan tadi .
  6. Kemudian , isikan 1/2 sudu inti ikut yang disukai .
  7. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 minit (bergantung kepada oven masing2) .










08 Disember 2010

Cupcakes Lagi

Masih lagi entry cupcakes. Saja je nak praktis dan praktis dan pratis. Layan gambar ye...












Dalamnya adalah kek coklat moist. Jika ada yang berminat dengan resipinya..di sini saya sertakan ye...

Bahan2

  1. 2 cawan tepung gandum
  2. 1/2 cawan serbuk koko
  3. 1 sk soda bikarbonat
  4. 2 biji telur
  5. 1 cawan gula castor
  6. 1 cawan susu pekat
  7. 1 1/2 cawan air panas
  8. 1 cawan minyak

Cara-cara:

  1. Bahan 1,2 dan 3 diayak bersama.
  2. kemudian putar semua bahan (kecuali air panas)
  3. Last sekali gaul dengan air panas.
  4. Masukkan dalam cup (separuh).
  5. Bakar suhu 160'c selama 20-25 minit (atau sehingga masak)

Resipi Buttercream

  1. 500g krimwell
  2. 200g gula icing
  3. 1 sb butter
  4. 100g susu pekat

Cara:

Putar semua bahan hingga kembang. Warnakan dengan pewarna yang disukai.

*****Untuk fondant..boleh ambik resipinya di blog saya yang lagi satu..

http://www.jaya31.blogspot.com/

07 Disember 2010

Cupcakes

Cupcakes.
Harga Promosi Istimewa...

16 biji = RM35.00
25 biji = RM50.00

Untuk Tempahan sila emel ke

mazinahat@yahoo.com atau tel/sms: 013-3998909

Pick-up point: KFC, Stadium Bola Sepak, Cheras






Popcakes

Popcakes...Dalamnya adalah kek coklat / kek vanila dan sebagainya yang digaul dengan krim cheese dan disaluti dengan dark coklat dan coklat warna-warni. Harga RM40.00 untuk 35 biji.
Boleh emel Resipi Coklat untuk tempahan.
Pick-up point: KFC, Stadium Bola Sepak, Cheras.





Kek Coklat Ku...

Steam Coklat Cake...Simple Deco...Dengan topping coklat ganache...Sedap punya...cayalah... Harga sekarang..RM25.00.
Berat lebih kurang 1kg. Untuk tempahan roger2 la ye...



Coklat Tempahan Oleh Sarah

Entry tertunda.
Tempahan Coklat Hantaran dari Sarah di Pulau Pinang. Sarah juga menempah packing coklat 50 biji dengan filling sebiji roasted almond.





03 Disember 2010

BISKUT COKLAT CHIPS BADAM



Bahan-bahan (Anggaran 100 biji)

190g butter
70g gula kastor / gula icing
45g gula perang
1 @ 2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh rata serbuk bikarbonat
250g tepung gandum
100 coklat chip
100g badam (Bakar terlebih dulu)
1 biji telur
Sedikit esen vanila


Cara-cara membuatnya:

1 - Ayakkan tepung gandum, soda dan serbuk koko sekali gus dan letakkan di tepi.

2 - Pukul butter + gula sampai kembang

3 - masukkan telur dan esen vanila

4 - masukkan tepung gandum + serbuk koko yang diayakkan tadi.

5 - masukkan coklat chip dan badam

6 - gaul dan bakar.

suhu : 160 C dalam masa 20 - 25 minit

29 November 2010

COKLAT UNTUK HANTARAN

Ini pula adalah tempahan daripada Ira untuk dijadikan hantaran perkahwinannya. Ditempah 2 set untuk majlis sebelah pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Terima kasih Ira. Semoga berbahagia selalu..



Tempahan Coklat

Entah kenapa akhir2 ini...dilanda sifat malas yang terlampau...hehe. Blog tak sempat diupdate. Maaf ye kengkawan yan mengorder. Kadang-kalau kalau order sama dengan entry before..aku tak masukkan. Maaf ye..
Kali ni adalah order daripada Ayu...teman sepejabat...untuk majlis doorgift majlis kahwinnya. Sebenarnya dah lepas pun..cuma baru nak masukkan..hehe..jangan marah ye Ayu...darah manis tu..
Ayu order 200 biji coklat dengan tema putih pink..hanya untuk tetamu specel. Disebabkan coklat ni akan dibawa ke Terengganu..jadi Ayu dan 'stafnya' akan packing sendiri. Tahniah dan terima kasih Ayu.



01 November 2010

Tempahan Coklat






Coklat untuk hantaran ini ditempah oleh Adibatul Husna dari Shah Alam. Maaf ye..sebab lambat masukkan entry. Special request daripada Adib. Terima kasih...harap berpuas hati.

Harga hanya RM30.00- 35 biji coklat dengan filling sebiji roasted almond. Col untuk tempahan ye...

29 Ogos 2010

TEMPAHAN COKLAT UNTUK HARI RAYA 2010

Alhamdulillah..atas permintaan ramai..tempahan coklat untuk hari raya 2010 telah diubah kepada beberapa colur..(berbanding hanya 2 colur sebelum ini)..supaya nampak lebih ceria dan menarik. Tapi yang bestnya..harga tetap sama RM30 untuk 50 biji...Utuk tempahan..silalah tel 013-3998909. Terima kasih kepada orang yang memberi cadangan. Dan taraaaa...inilah hasilnya...Terima kasih juga kepada kawan2 yang sudi menempah...







08 Julai 2010

TEMPAHAN COKLAT UNTUK HARI RAYA 2010


Jeng..jeng..jeng...

Tempahan homemade coklat untuk hari raya kini dibuka... Packing adalah seperti di bawah.....
1 bekas 50 biji..harga Promosi Hari Raya hanya RM30.00 sahaja. Inti dalam adalah sebiji roasted almond. Kepada yang berminat...bolehlah hubungi/sms saya di 013-3998909 atau emel
mazinahat@yahoo.com.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...