Sedia Menerima Tempahan Homemade Coklat dan Cupcakes untuk Majlis Hari Jadi, Perkahwinan, Pertunangan, Doorgift, Cenderamata dan Lain-lain Majlis Mengikut Kesesuaian Budget anda...

emel: mazinahat@yahoo.com

http://www.resipicoklat.blogspot.com/

http://www.jaya31.blogspot.com/

Tel: 013-3998909



22 Mei 2011

KEK KARAMEL

Kek karamel...memang famos di KR. Aku dah berbulan-bulan dok menengok jer hasil yang orang lain buat. Hari ni terbuka lah hatiku untuk mencubanya sendiri..dan taraaaa... inilah hasilnya.
Setelah siap masak..aku menjemput adikku dan keluarganya yang tinggal di USJ untuk sama-sama merasa kek ini. Fuhhh!!! Sedap bangat sih...terfikir aku...kenapalah lama benar aku ambik masa untuk mencuba kek ini. Rasanya memang mabeles...kepada sesiapa yang belum mencuba...cubalah sekarang..anda pasti tak menyesal. Atau kalau tak nak buat...ORDEr saje dari saya...ekeke...


Rupa sebelum dibakar.

Saya wat tiga warna...





Yang telah dipotong-potong. Sedapppp............


Nak resipi? Jom layan....


(A) - Bahagian Gula Hangus

2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)

*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang.

Ratakan ke semua kaw loyang..biarkan sejuk.


(B) - Bahagian Atas (Karamel)

1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)

70gm gula kastor

1/2 sudu teh esen vanila

3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)


(C) - Lapisan Kek

140gm tepung gandum

70gm gula kastor

3 bj kuning telur

135ml air biasa

1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)

45ml minyak masak


(D) - Cara Buat Merinque

6 biji putih telur

70gm gula kastor

1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)


Cara membuatnya:

1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...

2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.

3. pukul bahan (C)

4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat letak atas kepala pun dia x jatuh...hehe..

5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..

6. bahagikan kpd beberapa bahagian n tak warna n paste klu nk..

7. masukkan kedlm loyang (saya guna loyang 8 inci) yg td..

8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C (1/2 jam pertama api bawah sahaja,

1/2 jam seterusnya api atas bawah)

9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...

10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan...

SELAMAT MENCUBA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...