Sedia Menerima Tempahan Homemade Coklat dan Cupcakes untuk Majlis Hari Jadi, Perkahwinan, Pertunangan, Doorgift, Cenderamata dan Lain-lain Majlis Mengikut Kesesuaian Budget anda...

emel: mazinahat@yahoo.com

http://www.resipicoklat.blogspot.com/

http://www.jaya31.blogspot.com/

Tel: 013-3998909



21 Disember 2010

APAM COMEL INTI KELAPA / APAM DOT-DOT / APAM POLKADOT

Pernah dengar apam dot-dot? Atau apam polkadot? Mulanya agak asing bagi saya..tetapi setelah bertanya kepada pakcik google..barulah saya tahu apa dia apam dot dot dot. Rupa-rupanya dipanggil dot dot dot kerana bahagian atasnya dibuat corak dot dot dot. Hehe..kelakar gak. Tapi saya rasa ini adalah menu terhangat masa kini selain daripada kek karamel. Kalau anda ingin mencuba..silalah... rasanya sedap..cuma tekak saya yang menjurus ke arah kencing manis ni ..lebih suka kalu ditambah sikit lagi gula...hehe...

Layannn gambo.....










Bahan-bahan ( Lebih kurang 20 biji )


3 biji telur-dari peti sejuk
275 gm tepung gandum/tepung kek
220 gm gula halus
160gm susu segar/UHT
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete


Inti Kelapa:
==kelapa parut
==gula merah
==1 sudu teh tpg jagung-dibancuh dgn 1 sudu besar air
==2 helai daun pandan-pintal


Cara-cara

Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.

Pukul dgn menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.

Bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.

Masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).

Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan.

masukkan inti kelapa

Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.

Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 min.

Untuk Inti Kelapa:

==Campurkan semua bahan dan masak diatas api kecil sehingga kering/masak.

==Utk memudahkan, inti boleh disediakan terlebih dulu dan bulat2kan.

Notes: Inti kelapa boleh di ganti dgn apa2 perisa filling atau jem.


nOTES: Sedap..cuma setelah dikukus..ada bau telur. Jadi mungkin lain kali kalau buat..saya akan tambahkan sedikit esen vanilla.

Ini adalah acuan tat yang saya guna untuk kukus apam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...