Sedia Menerima Tempahan Homemade Coklat dan Cupcakes untuk Majlis Hari Jadi, Perkahwinan, Pertunangan, Doorgift, Cenderamata dan Lain-lain Majlis Mengikut Kesesuaian Budget anda...

emel: mazinahat@yahoo.com

http://www.resipicoklat.blogspot.com/

http://www.jaya31.blogspot.com/

Tel: 013-3998909



04 April 2011

APAM DOT-DOT COMELKU

Jumaat lepas sekolah aku buat pot luck..(walaupun masa tu masing-masing agak sibuk dengan persediaan Hari Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat PIBG). Setelah puas berfikir..apa yang aku nak bawa..akhirnya terhasillah apam dot-dot. Dalam en3 sebelum ini..aku pernah buat apam ni..cuma dot-dotnya aku tukar ke bentuk lain. Kali ni..aku buat dot-dot dan kukus dalam acuan lompang..agak cantik hasilnya..kecik2 dan comel..ye la kan..apam ni kalu kita nak besar..guna acuan besar..kalu nak kecik guna acuan kecik. Kalau la aku kecik cam apam ni kan ke bagus...hehehe..apa nak buat... Jom layan gambar.....

Bahan-bahan ( Lebih kurang 40 biji saiz kecil)


3 biji telur-dari peti sejuk

275 gm tepung gandum/tepung kek

220 gm gula halus

160gm susu segar/UHT

3 sudu teh baking powder

1 sudu kecil ovallete

sedikit esen vanila

filling blueberry/ strawbery / oren dan sebagainya

atau:
Inti Kelapa:==kelapa parut==gula merah==1 sudu teh tpg jagung-dibancuh dgn 1 sudu besar air==2 helai daun pandan-pintal

Cara-cara

Pukul telur, ovalette, gula dan esen vanila dengan kelajuan maksima selama 6-8 minit. Kemudian masukkan tepung yang diayak dengan baking powder dan pukul hingga sebati.

Bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.Masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan.masukkan apa2 filling yang disukai. Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 min.


Untuk Inti Kelapa:==Campurkan semua bahan dan masak diatas api kecil sehingga kering/masak.==Utk memudahkan, inti boleh disediakan terlebih dulu dan bulat2kan.


Notes: Inti kelapa boleh di ganti dgn apa2 perisa filling atau jem.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...