Sedia Menerima Tempahan Homemade Coklat dan Cupcakes untuk Majlis Hari Jadi, Perkahwinan, Pertunangan, Doorgift, Cenderamata dan Lain-lain Majlis Mengikut Kesesuaian Budget anda...

emel: mazinahat@yahoo.com

http://www.resipicoklat.blogspot.com/

http://www.jaya31.blogspot.com/

Tel: 013-3998909



24 April 2011

DECO YANG HURU-HARA

Pot luck datang lagi...fikir punya fikir nak wak apa...akhirnya rasa nak try deco bunga ros. Wah-wah..mentang-mentang set nozel baru beli..cubalah..apa
lagi.




hehe...asalnya...garis yang huru-hara tu aku nak buat tulisan..tapi entah macam mana...tukar haluan masa butter cream tu kat atas kek. Sudahnya...aku lorek-lorekkan aje la.
acceli...buat kek ni pun dah agak lama...cuma tak der masa nak masukkan entry. Sory beb...
Cumanya bila aku upload gambar kek aku ni kat page Kongsi Resepi...kawan-kawan kat sana kata...ok... Tak ape..next time..aku cuma buat yang lebih baik. Insyaallah...

12 April 2011

KEK CARROT

Dah agak lama tak makan kek carrot..alamakkk macam mengidam lah pulak.. Memandangkan ada stok carrot dalam peti ais tu..malam tadi aku pun merajinkan diri untuk membuatnya..boleh jugak aku bawak gi tempat kerja..makan ngan kawan-kawan. Ye lah..nak harapkan budak2 ni makan dengan bapak budak ni..jangan harap la..bukan taste dia orang. Aku je yang syok sendiri..lepas buat..buat.. Tapi tak pe..kali ni akan aku sebarkan sumber kegemukan ni kepada kawan-kawan ku..biar mereka pun sama gemuk cam aku gak..hehe. Apa-apa pun kek tu aku dah potong..dan aku dah merasmikannya dengan 3 potong..hehe..kecikkkkk aje potongnya..(nak cover line lah tu..) Apa-apa pun memang kek ni best bangat..dan sangat moist..sekali cuba pasti nak lagi. sesiapa yang rajin boleh la buat.. dan yang malas tuuu...boleh la col nombor di atas untuk order ye.. Acceli..aku buat ni dalam loyang 9 inci..kalu bakar dalam loyang kecik sikit lebih baik la..... jomm layan gambor dulu... Haaa...tengok tu...carrotnya mewah betul...

Nak resipi??? Aduhai camner nak cari makan ni???? Tak pe..tak pe..rezeki ada di mana-mana kan?

Layan resipinya...


KEK CARROT

240g lobak merah (diparut)

60g kacang walnut

240g tepung naik sendiri

1 sk soda bikarbonat

1sk serbuk kayu manis (saya tak letak-tak suka)

200g gula (boleh kurangkan kalau nak)

4biji telur

190g minyak jagung

sedikit garam

kismis 1 kotak

sedikit esen vanila


catatan:

-kacang walnut dan kismis, saya gantikan dengan 100g buahan campur.

-Saya tambahkan 2sb oren sunquick


Cara:


  1. Ayak tepung, soda dan garam. Gaulkan dengan carrot dan buah-buahan campur.

  2. Putar telur, minyak, gula, oren dan esen vanila hingga kembang.

  3. Masukkan tepung tadi.

  4. Bakar 180c selama 45-55 minit..atau sehingga masak.

04 April 2011

APAM DOT-DOT COMELKU

Jumaat lepas sekolah aku buat pot luck..(walaupun masa tu masing-masing agak sibuk dengan persediaan Hari Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat PIBG). Setelah puas berfikir..apa yang aku nak bawa..akhirnya terhasillah apam dot-dot. Dalam en3 sebelum ini..aku pernah buat apam ni..cuma dot-dotnya aku tukar ke bentuk lain. Kali ni..aku buat dot-dot dan kukus dalam acuan lompang..agak cantik hasilnya..kecik2 dan comel..ye la kan..apam ni kalu kita nak besar..guna acuan besar..kalu nak kecik guna acuan kecik. Kalau la aku kecik cam apam ni kan ke bagus...hehehe..apa nak buat... Jom layan gambar.....

Bahan-bahan ( Lebih kurang 40 biji saiz kecil)


3 biji telur-dari peti sejuk

275 gm tepung gandum/tepung kek

220 gm gula halus

160gm susu segar/UHT

3 sudu teh baking powder

1 sudu kecil ovallete

sedikit esen vanila

filling blueberry/ strawbery / oren dan sebagainya

atau:
Inti Kelapa:==kelapa parut==gula merah==1 sudu teh tpg jagung-dibancuh dgn 1 sudu besar air==2 helai daun pandan-pintal

Cara-cara

Pukul telur, ovalette, gula dan esen vanila dengan kelajuan maksima selama 6-8 minit. Kemudian masukkan tepung yang diayak dengan baking powder dan pukul hingga sebati.

Bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.Masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan.masukkan apa2 filling yang disukai. Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 min.


Untuk Inti Kelapa:==Campurkan semua bahan dan masak diatas api kecil sehingga kering/masak.==Utk memudahkan, inti boleh disediakan terlebih dulu dan bulat2kan.


Notes: Inti kelapa boleh di ganti dgn apa2 perisa filling atau jem.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...