Sedia Menerima Tempahan Homemade Coklat dan Cupcakes untuk Majlis Hari Jadi, Perkahwinan, Pertunangan, Doorgift, Cenderamata dan Lain-lain Majlis Mengikut Kesesuaian Budget anda...

emel: mazinahat@yahoo.com

http://www.resipicoklat.blogspot.com/

http://www.jaya31.blogspot.com/

Tel: 013-3998909



31 Mei 2011

KEK KARAMEL

kek karamel memang amat popular sekarang ni...
Lepas mencuba dan memberi kawan2 merasa...ada yang menempah. Aliza dari SMK Taman Connaught tempah kek ini untuk anniversarynya. Disebabkan kek ini untuk hari yang istimewa...saya telah menghiasinya dengan buttercream dan hirisan coklat di bahagian tepi. Terima kasih....





Komen dari Aliza: Bahagian tengah kek agak lembik.

Resipi Coklat: Mungkin air karamelnya terlebih...Insyaallah akan dibaiki pada masa akan datang..Terima kasih atas info yang diberi.

BUDGET CUPCAKES...

Budget cupcakes...sesuai untuk sebarang majlis...terutama birthday party, open house dan sebagainya. Senang dimakan...menggunakan paper cup.....












30 Mei 2011

KEK COKLAT KARAMEL

Gabungan rasa kek coklat moist dan puding karamel...Order daripada Eva Maya. Terima kasih atas order....









COKLAT BOX HANTARAN

Order daripada Ameerah untuk majlis perkahwinannya. Terima kasih atas order, tahniah dan selamat menempuh alam perkahwinan. Semoga menjadi isteri yang solehah...









23 Mei 2011

COKLAT....KHAS UNTUK HARI GURU

Hari guru telah berlalu iaitu pada 16 Mei yang lepas..tetapi kebanyakan sekolah menyambutnya pada hari terakhir persekolahan iaitu pada Jumaat 27 Mei disebabkan adanya peperiksaan yang sedang berlangsung. Jadi tak ketinggalanlah juga anak-anakku...sebagai meraikan guru-gurunya yang banyak berjasa mendidik anak2ku..terimalah hadiah yang tak seberapa ini. 6 biji x 25 kotak homemade coklat.Terima Kasih atas jasamu...GURU.








Juga sedikit tempahan yang diterima....3 biji x 30 bekas








22 Mei 2011

KEK KARAMEL

Kek karamel...memang famos di KR. Aku dah berbulan-bulan dok menengok jer hasil yang orang lain buat. Hari ni terbuka lah hatiku untuk mencubanya sendiri..dan taraaaa... inilah hasilnya.
Setelah siap masak..aku menjemput adikku dan keluarganya yang tinggal di USJ untuk sama-sama merasa kek ini. Fuhhh!!! Sedap bangat sih...terfikir aku...kenapalah lama benar aku ambik masa untuk mencuba kek ini. Rasanya memang mabeles...kepada sesiapa yang belum mencuba...cubalah sekarang..anda pasti tak menyesal. Atau kalau tak nak buat...ORDEr saje dari saya...ekeke...


Rupa sebelum dibakar.

Saya wat tiga warna...





Yang telah dipotong-potong. Sedapppp............


Nak resipi? Jom layan....


(A) - Bahagian Gula Hangus

2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)

*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang.

Ratakan ke semua kaw loyang..biarkan sejuk.


(B) - Bahagian Atas (Karamel)

1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)

70gm gula kastor

1/2 sudu teh esen vanila

3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)


(C) - Lapisan Kek

140gm tepung gandum

70gm gula kastor

3 bj kuning telur

135ml air biasa

1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)

45ml minyak masak


(D) - Cara Buat Merinque

6 biji putih telur

70gm gula kastor

1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)


Cara membuatnya:

1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...

2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.

3. pukul bahan (C)

4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat letak atas kepala pun dia x jatuh...hehe..

5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..

6. bahagikan kpd beberapa bahagian n tak warna n paste klu nk..

7. masukkan kedlm loyang (saya guna loyang 8 inci) yg td..

8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C (1/2 jam pertama api bawah sahaja,

1/2 jam seterusnya api atas bawah)

9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...

10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan...

SELAMAT MENCUBA.

KEK COKLAT

Kek coklat moist tempahan Kak Zah untuk birthday suaminya. Kak Zah memang request deco yang simple..tak nak bunga-bunga. Tulisan tu..saya gunakan filling strawbery..tapi nampaknya gabungan color tu menyebabkan tulisan tak berapa jelas. Apa2 pun terima kasih Kak Zah...



11 Mei 2011

KEK BIRTHDAY - KEK COKLAT MOIST













KEK CARROT DENGAN CREAM CHEESE UNTUKMU IBU..





















KEK BIRTHDAY + MOTHER'S DAY





















KEK BIRTHDAY - KEK COKLAT MOIST
















BUTTER CHEESE KEK






BAHAN-BAHANNYA: (akak guna loyang bulat 8 inci)
200 gm butter
200 gm cream cheese
250 gm gula kastor
250 gm tepung gandum
5 biji telur
1 s/t baking powder
CARA-CARANYA:
Pukul butter, cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur satu persatu hingga adunan ringan, campurkan tepung bersama baking powder kemudian kaub balik tepung kedalam adunan hingga rata dan sebati.
Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit butter.
Tutup adunan untuk mengelakkan permukaan kek hangus.
Bakar adunan kedalam oven pada suhu 180c hingga masak dan permukaan kek keperangan (kira-kira 50-60 minit) mengikut jenis oven masing-masing.

BIRTHDAY CAKE- KEK COKLAT













05 Mei 2011

KEK CARROT DENGAN CREAM CHEESE

Kek Carrot dengan cheese creem untuk birthday Siti Nur Aishah...tapi telah tersalah eja jadi Aisyah...Maaf ye Aishah...









**Respon Aishah...Kek Carrot paling sedap. Alhamdulillah. Hehe..terima kasih. Bole le order lagi ye....

BIRTHDAY KEK....Cubaan lagi...

Tidak puas hati rasanya dengan deco kek yang huru-hara sebelum ini...cuba lagi... hehe..kebetulan pulak birthday anak mama Najibah...so apa lagi...deco la....
Lapang rasa dada....puas hati rasanya dengan deco kali ni...Tahniah untuk diri sendiri. Rasa lebih confiden untuk deco selepas ni...
Kalau anda semua di luar sana berkenan...boleh la coling2 saya untuk tempahan ye...Pasti puas hati dengan harga dan kualiti.....












**Tengah2 deco...gula manik pulak tak cukup (kehabisan). Selepas beli baru... dan bubuh kat atas bunga .....lupa lak nak snap gambar lain...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...