Sedia Menerima Tempahan Homemade Coklat dan Cupcakes untuk Majlis Hari Jadi, Perkahwinan, Pertunangan, Doorgift, Cenderamata dan Lain-lain Majlis Mengikut Kesesuaian Budget anda...

emel: mazinahat@yahoo.com

http://www.resipicoklat.blogspot.com/

http://www.jaya31.blogspot.com/

Tel: 013-3998909



22 Januari 2011

7 th Anniversary.....

Jangan terkejut lak dengan tajuknya..coz bukan anniversary saya yang tujuh tahun, tapi kawan yang order cupcake. Kalu saya punya...lagi lama le....hehe.
Order kali ni datangnya dari Fadzila (rakan sekerja)...isteri kepada kontraktor berjaya..hehe..jangan marah ye Ila...nanti kena jual. Ila meminta cupcakesnya dihiasi dengan buah strawberry..khas untuk sambutan Hari Ulangtahun Perkahwinannya yang ke 7. Tahniah diucapkan..semoga kekal bahagia....
















Dan cupcakes hasil tanganku ini telah dibawa ke Haven Restoran, Ampang untuk sambutan Anniversarynya...Terima Kasih Ila...Ianya satu penghargaan buat Kak Ma. (Gambar diambil dari fb)



09 Januari 2011

Fancy Kueh Ketayap..

Entri kali ni adalah fancy ketayap.. haaa..cantikkan? Rasa sayang pulak nak makan...Layan gambar dulu ye...




Di bawah ni pulak resipinya ye...(Acceli saya ambik dari Myr...Tq atas resipi)


Bahan-bahan untuk kulit


1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan (boleh diganti dgn fresh milk)
1 1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
Beberapa titik pewarna hijau

Untuk inti


1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)
1 helai daun pandan

Cara-cara:

untuk inti; Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.


Untuk kulit; Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya. Jika guna santan segera, just blend dengan daun pandan dan tapis. Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati . Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Jika nak warna original ketayap tak payah guna pencelup, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, jika nak tambahkan sedikit lagi pewarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda. Saya buat 2 warna..hijau dan pink.


Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. Ulangi sehingga adunan tadi habis.

Mula2 buat corak atas pan..



Sendukkan adunan ke atas corak tadi...biarkan masak..Angkat...

Letakkan inti....

Lipat dan gulung... Then siap untuk dimakan.


Ini botol yang saya guna untuk buat corak..Idea dari 'kongsi resipi'....

Cupcakes....

Ini adalah order daripada Firdaus dari kawasan Cheras. Menurut Firdaus, cupcakes ini nak dibawa balik ke Kelantan. Terima Kasih Firdaus...





















Cupcakes Coklat Chips

Ini adalah versi cupcakes kosong yang tiada deco. Cupcakes Coklat Chips. Simple dan sedap..Untuk order sila emel/sms/isi aje borang kat bawah blog ni..ok.. Packing secara individu juga disediakan..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...